Saturday, 1 January 2011

My MiOowww~

taraaaaa...jengjengjeng...nie nak citer pasal kucing haku nie...
aku ade 2 ekor kucing..sekor tuh adek aku yg bela, n sekor lagi aku koowtt yg bela..wlpun kdg2 dye lari blk ke kmpg asal nyer... mak bizi lah nyahhh...awwww....
k2 lurus ke titik...yg adek aku jage tuh name nyer C.O.M.E.L... ntah pew name penuh dye.. seyes lupe...
name miow sayer adalah...jengjeng,,nk bagi suspen sket...hiih..

name : Jennifer de' Jenab a.k.a Jen
gender : Female
age : 1 1/2 kOowt2
baka : Melayu asli
kaler : grey matter + white
sifat2 peribadi : garang nak mampuiihh, cute n comel, aktif, kuat mkn n cakar, suke panjat meja, suke garu badan menggunakan berus gigi (yeke..xpernah tahu pown), di waktu pagi suke jogging bersame2 boyfwen nyer, suke mengawan tak tentu pasal (nafsu kuda kowwtt), suke berkejar2an smbil menyanyi...tu jew kowt..


p/s to mrs miow : kaw jgn nk nakal2 yep...kang akak kamu babappp kang...

Tuesday, 4 May 2010

;;;Mencari RedhaMu;;;

Di keheningan malam sepi
Dalam samar di malam hari
Dalam syahdu di kala sunyi
Ku duduk seorang merenung diri
Melihat kebesaran Ilahi
Terasa betapa kerdilnya diri
Ya ALLAH Rabbul Izzati
Berikanlah kekuatan diri 
Bantulah diri ini
Menghadapi ranjau kehidupan ini
Kurniakanlah pada diriku ini
Keteguhan iman dan kecekalan hati
Ku genggam tangan di dalam hati
Penuh pasrah pada Illahi
Akhirat jua yang pasti
Syurga adalah idaman hati

Ya ALLAH ya Tuhanku...
Berikanlah bantuan pada diriku
Dalam mencari cahaya kebenaranMu
Moga tertegaklah segala syariatMu
Ya ALLAH sesungguhnya hidupku
Hanyalah di bawah kudratmu
Kematian pasti menjemputku
Aku akan pulang kepadaMu
Tiada lagi yang ku pinta dariMu
Selain rahmat dalam redhaMu..

Monday, 27 October 2008

~Cintai Maha Esa~

Tidurku tanpa teman,
Malamku tak berbintang,
Lena mengusik kedamaian malam,
Keheningan, kedamaian
kurniaan dariMu Ya Allah,
Bukti KebesaranMu Ya Rabbi,
Tunduk tafakurku hanya untukMu,

Tidurku kini berteman,
Dengan nikmati cintaMu YaRABBI,
Terasa kerdil dihati ini,
Mendambakan cintaMu,Ya Rahman

Cinta sejati
CintaMu YaAllah,
Cinta suci
CintaMu YaRahim,
CintaMu takkan ku sia-siakan,
Bahkan hanya itu yang ku perlukan…
Semoga hambamu ini,
Sentiasa berada dibawah naunganMu,
Tuhan yang mentadbir sekalian alam…
aminnn

Friday, 4 April 2008

Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi



huhuhuh___

tak semua org bhgia dgn cinta yg hadir dlm hidup.. setiap mnusia melakukan kekhilafan dan kekhilafan itulah terkadang membuatkn cinta itu pudar kerana tnpa kte sedari sbnarnya kekadang apa yg kta lakukan mengguris hati dan perasaan insan yang menyayangi kte wlaupun mreka masih mlemparkan senyuman nmun jauh di sudut hati mreka tiada siapa yg tahu mlainkan dri mreka sndri… terkdang juga kte leka dgn shbt2 kte sdgkan kekasih kte pula tersisih…mgkn smua org blh brkata ini adlh adat dlm percntaan nmun terkdg adat inilah yg mruntuhkan segunung keikhlasan dan ksh syg seseorang itu.. pk lah yg terbaik sblm kte kehlgn cnta itu..

::april08::

Friday, 27 October 2000

+petua mencuci hati+

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat...


marilah kiter bersama mengamalkannya yep>>

Ukhwah~


Haiii222...meh sini nak habak2 sket... mari dekat2.. para penonton, ibu2, bapak mari melihat saya bergoyang... jangan malu jangan marah... ewwaahhh... merapu2 plak cik layla nie...
Hihi.. ari nie cik layla nak memperkenalkan kawan2 rapat cik layla mase study kt tutttt... nie hahh mereka2 yang setia ngan cik layla..hihi..
Ct amiza, andi juraini dan ainnon jariah...
Dorang nielah sahabat susah senang dari cik layla sem satu sampailah leni.. alhamdulillah dapat sahabat yang penyayang, memahami dan yang penting boleh sekepala walupun masing2 dgn cara tersendiri... arap perkenalan ini berterusan sehingga akhirnya hayat cik layla... aminnn.. pepn cik layla sangat sayang kan mereka2 ni...


~shOoting Hari Rayer~


Terima kaseih SAHABAT!!