Friday 27 October 2000

+petua mencuci hati+

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat...


marilah kiter bersama mengamalkannya yep>>

Ukhwah~


Haiii222...meh sini nak habak2 sket... mari dekat2.. para penonton, ibu2, bapak mari melihat saya bergoyang... jangan malu jangan marah... ewwaahhh... merapu2 plak cik layla nie...
Hihi.. ari nie cik layla nak memperkenalkan kawan2 rapat cik layla mase study kt tutttt... nie hahh mereka2 yang setia ngan cik layla..hihi..
Ct amiza, andi juraini dan ainnon jariah...
Dorang nielah sahabat susah senang dari cik layla sem satu sampailah leni.. alhamdulillah dapat sahabat yang penyayang, memahami dan yang penting boleh sekepala walupun masing2 dgn cara tersendiri... arap perkenalan ini berterusan sehingga akhirnya hayat cik layla... aminnn.. pepn cik layla sangat sayang kan mereka2 ni...


~shOoting Hari Rayer~


Terima kaseih SAHABAT!!